Senin, 20 Juni 2011

MANUSIA TERTINGGI DI DUNIA

Manusia Tertinggi Di Dunia

Mereka dilahirkan dengan ketinggian dan saiz badan yang luar biasa berbanding orang lain. Adakah ianya satu kelebihan ataupun suatu kecacatan?

1. Robert Wadlow – 8 kaki 11 inci (2m 72cm)

manusia tertinggi

manusia tertinggi

Dilahirkan di Illinois Amerika Syarikat pada 22 Februari 1918, juga dikenali sebagai “Anton Giant” atau Anton Si-Gergasi, merupakan manusia tertinggi di dunia yang pernah direkodkan. Dengan ketinggian melebihi 8 kaki, Robert mempunyai berat badan 220 kilogram. Beliau menjadi terkenal kerana ketinggiannya yang luar biasa disebabkan paras hormon pertumbuhan yang tinggi dalam badannya. Walaubagaimanapun, Robert meninggal dunia pada usia 22 tahun.

2. Don Koehler – 8 kaki 2 inci (2m 49cm)

manusia tertinggi

manusia tertinggi

Don Koehler merupakan manusia tertinggi di dunia dalam jarak 1969 hingga 1981. Sebenarnya Don menghidap sejenis penyakit yang dipanggil “acromegalic gigantism”. Don Koehler dan kembarnya sememangnya mempunyai ibu bapa yang mempunyai ketinggian yang luar biasa. Beliau meninggal dunia pada tahun 1981 dalam usia 55 tahun akibat masalah jantung.

3. Zeng Jinlian – 8 kaki 1.75 inci (2m 48cm)

manusia tertinggi

manusia tertinggi

Zeng Jinlian adalah wanita tertinggi di dunia dan beliau memegang rekod ini dari tahun 1964 hingga 1982. Zeng Jinlian menghadapi masalah kesihatan di mana tulang belakangnya tidak mampu untuk diluruskan apabila berdiri disebabkab ketinggiannya. Zeng meninggal dunia pada usia 17 tahun.

4. Sultan Kosen – 8 kaki 1.5 inci (2m 47cm)

manusia tertinggi

manusia tertinggi

Beliau merupakan salah seoarng dari 12 manusia berketinggian melebihi 8 kaki. Lahir pada 1983, dan merupakan pemain pasukan bola keranjang Turki. Kosen adalah pemain bola keranjang tertinggi dalam sejarah, namun beliau juga mempunyai masalah tulang belakang akibat ketinggiannya, dan ukuran tingginya adalah 2.42 meter. Setelah menjalani pembedahan bagi meluruskan tulang belakang, ukuran tinggi Kosen bertambah kepada 2.47 meter.

5. Zhao Liang 8 feet 1.1 inches (2m 47cm)

manusia tertinggi

manusia tertinggi

Zhao di lahirkan pada 1982 yang kemudiannya membesar sehingga 2.47 meter tinggi. Beliau merupakan seorang ahli sarkas di China.
Anda mungkin juga meminati:
10 Haiwan Paling Berbisa Di Dunia
Gambar Asli Bukti Osama Telah Mati – Foto Edaran Kerajaan ...
Apa Tuu..!? Part One
Yang Cantik Tapi Berbisa
LinkWithin

Tidak ada komentar:

Posting Komentar